Sabtu, 29 November 2008
PCSB SKO Games...dalam kenangan..
Rabu, 19 November 2008
Training In Progress
Walaupun saudara Aziz telahpun dipinjam oleh pasukan lain iaitu dipijam oleh cikgu shahnizam dan Jalil, kita tetap berlatih bersama2 dan berasa bangga kerana ada diantara pemain kita menjadi buruan untuk menghadapi pertandingan itu kelak.
Ahad, 16 November 2008
sepanjang pembabitan saya dalam sukan petanque-2
Permainan Petong ini kadangkalanya memberi kepuasan dan ada kalanya kita merasa sedikit sedih bilamana pasukan kita gagal pada satu-satu perlawanan....sejak kebelakangan ini,saya rasa tidak focus dalam setiap perlawanan..Mujurlah ada kawan sepermainan yang faham situasi ini...sdr Christiadi banyak menasihati agar melupakan kekecewaan lalu...sekurang-kurangnya terubatlah sedikit kedukaan ini...
Sentubung oh sentubung........dua puteri masih tersenyum pada ku...............he he
Puteri Sentubung dan Puteri sejinjang...lah....
Kami berkesempatan melawat beberapa tempat seperti Serikin,Julau,Sri Aman,Kenowit dan Sibu Jaya....
Selasa, 11 November 2008
RIWAYAT SEORANG PEMETONG
Salam perkenalan buat rakan pemetong. Wujudnya ruang Blog ini banyak memberi peluang untuk kita berkongsi maklumat atau pengalaman kita dalam sukan Petanque. Terima kasih kepada Christiadi atas penghasilan Blog seperti ini..Saya Kenny Bin Demei merupakan pendatang baru dalam dunia sukan Petanque. Pada awalnya saya tidak mengenali apa itu Petanque apalagi mau meminati sukan seperti ini. Bagi saya Petanque adalah permainan yang membosankan, sukan untuk orang yang dah berumur, dan langsung tidak mencabar. Sebelum ini saya hanya lebih cenderung kepada Futsal ataupun Bola Sepak yang memerlukan stamina dan kekutan fizikal disamping lebih menyeronokan. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada Petanque adalah Nordin atau lebih mesra dipanggil Pak Din yang juga merupakan rakan setugas saya. Buat pertama kali saya melontar Boule apabila menggantikan tempat Pak Din untuk sementara semasa menentang Christiadi dalam satu sesi latihan. Saya tidak tahu sama ada keputusan perlawanan sengaja diatur ataupun tidak, keputusan perlawan berpihak kepada saya. Kemenangan merupakan satu kepuasan. Walaupun masih mentah dalam sukan ini, saya terpanggil menyertai pasukan Myy Petanque dalam satu pertandingan yang diadakan di Mukah iaitu di bandar kelahiran saya sendiri. Pernyertaan saya ini saya anggap sebagai 'Bidan Terjun' kerana terpaksa menggantikan salah seorang rakan yang terpaksa menarik diri disaat akhir kerana urusan kerja. Keadaan gugup dan tidak berpengalaman menyebabkan permainan saya tidak seperti yang diharapkan. Walaupun tewas, saya anggap ini adalah pengalaman yang cukup berharga dan titik permulaan sebenar saya dalam Petanque. Saya tidak terus berhenti di situ. Malah, cinta saya terhadap sukan Petanque semakin mendalam. Anggapan saya sebelum ini terhadap sukan Petanque ternyata meleset. Petanque merupakan sukan yang menyeronokkan. Bila ada kelapangan selepas waktu kerja, saya akan terus berlatih bersama Christiadi, Aziz dan mentor saya Pak Din. Tunjuk ajar daripada rakan sepasukan terutamanya Pak Din sendiri dipraktik sebaiknya bagi mempertajamkan kemahiran saya sebagai pemain Petanque.
Medan Latihan kami merupakan padang Petanque Millenium Bintulu. Sesi latihan juga turut disertai oleh rakan2 dari pasukan lain seperti MLNG, BDA, SESCO,ABF dan Pendidikan. Satu lagi kelebihan latihan seperti ini apabila kita mendapat tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman disamping bertemu rakan2 baru yang mempunyai kemahiran yang berbeza di dalam sukan ini.
Setelah beberapa sesi latihan, kami berminat untuk menyertai satu pertandingan Triple Petanque yang dianjurkan oleh MAKSAK. Pertandingan yang diadakan di padang Petanque Millenium Bintulu ini tertutup kepada pasukan2 yang
berada di kawasan Bintulu sahaja. Pasukan BCOT C yang diwakili oleh Pak Din Aziz dan saya sendiri telah berjaya masuk ke pusingan suku akhir tetapi tewas kepada pasukan MLNG. Sebagai pasukan 'underdog' pencapaian ke suku akhir sudah cukup membanggakan. Perlawanan antara BCOT -MLNG ini menjadi tumpuan kerana terlalu sengit dan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih untuk dihabiskan. Selain berbalas serangan psikologi, keadaan cuaca yang panas menyukarkan tumpuan terhadap perlawanan. Akhirnya kami kalah tipis dan akur dengan kelebihan pengalaman yang ada pada pasukan MLNG.
Kini, saya merupakan ahli kepada Kelab Millenium Bintulu dan salah seorang ahli PEPSAR. Saya akan terus berlatih bagi mempertingkatkan kemahiran dan berazam dapat bermain di peringkat yang lebih tinggi.
-Sondol Terhormat-
Ahad, 9 November 2008
Kisz@petanque gamez
Assalamualaikum...
Nama Saya Mohamad Christiadi Bin Mohamad Ariffin,
Mula Berjinak-jinak pada sukan petong ini pada bulan April 2008,
Pada mulanya saya tidak berminat untuk bermain sukan ini, kerana bagi saya sukan ini hanya untuk orang orang yg berumur sahaja, tapi jangkaan saya meleset kerana sukan ini juga semakin diminati oleh golongan muda dan kanak-kanak.
Saya mula bermain atas pelawaan encik Nordin & encik Aziz. Mula-mula hanya bermain sendiri2 sahaja di tepi, tapi lama kelamaan minat mulai timbul dan sekarang, hampir setiap petang saya bermain petong di taman millenium Bintulu bersama rakan rakan.Saya juga banyak berkenal-kenalan kepada pemain petong yg saya tidak pernah jumpa atau kenali sebelum ini.
Saya telahpun mengikuti tiga acara pertandingan petong iaitu, triple petong jemputan maksak,
BDA triple masters, dan Kuching Open Double.
Sepanjang pembabitan permainan petanque
Sabtu, 8 November 2008
Asal Usul Myy Petanque
"myy petanque" lahir dari singkatan 'miri petanque'
Pemain petong 'miri petanque' sebenarnya terdiri dari kalangan kakitangan Petronas serta anak-anak syarikatnya yang bertugas di Miri dan Bintulu yang lebih dikenali sebagai Petronas Carigali Sarawak Operation(SKO)
Pada mulanya,kami telah menggikuti pertandingan petong kelolaan Kelab Kidurong Bintulu"tripple master" pada tahun 2007 yang lepas dimana Kami telah menghantar dua pasukan petanque kekejohanan tersebut dengan menamakan pasukan kami,"my Team"-(A&B)dimana team A diwakili oleh sdr.Ibrahim Kadir, Yahya Sulaiman dan saya sendiri manakala team B diwakili oleh sdr.Syed Omar,sdr.Arnie Buang dan sdr.Aziz Rambli.
Pada mulanya kami tercari-cari apakah nama yang paling sesuai untuk pasukan kami.Ada yang mencadangkan supaya pasukan kami diberi nama "Blue tooth",PCSB Petong dsbnya.Kami akhirnya menamakan pasukan kami sebagai "MY TEAM (Team A&B).
Pada kejohanan pertama yang kami sertai,Tuah telah menyebelahi kami dimana "MY TEAM-A telah berjaya selaku naib johan dimana pasukan dari MLNG-A telah berjaya menjadi Juara dengan menewaskan pasukan kami dengan mata 15-14 walaupun kami telah meninggalkan pasukan lawan dengan mata 9-2 pada satu ketika sehinggalah kami dapat dipintas dimata akhir.
Walaupun tidak berjaya menjuarai kejohanan itu,kami tetap akur dengan keputusan tersebut dan tetap berbangga kerana telah dapat memberi sedikit saingan kepada lawan yang lebih berpengalaman walaupun kami adalah sebuah pasukan baru.Kami tetap bersyukur dengan kejayaan tersebut dan hasilnya kami membawa pulang RM400 serta piala. Jumlah pasukan yang menyertai kejohanan tersebut pula adalah lebih kurang sebanyak 53 pasukan yang terdiri daripada pasukan- pasukan petong dari seluruh bahagian di Sarawak seperti yang kami ingat.
Alhamdullillah sehingga kini kami telahpun mengikuti hampir setiap kejohanan yang berlangsung disekitar Bintulu,Mukah malah yang terkini di Sarawak closed tournament di Santubung ,Kuching Sarawak... pada 1-2/11/2008.
nordin-lidah pengarang
Jumaat, 7 November 2008
Lidah Pengarang
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Dengan kesempatan ini Saya Nordin bin Bakeri ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada en.Mohd Christiadi kerana telah menghasilkan ruang blog ini bagi merakamkan segala certia serta pengalaman -pengalaman selama berkcimpung didalam sukan Petanque ini.
Dengan lahirnya blog "myy petanque" ini saya ingin mempelawa semua rakan-rakan sipemetong yang terdiri daripada kakitangan Petronas serta semua anak-anak syarikatnya yang berada di Miri dan Bintulu dan mungkin berada dimana sahaja untuk berkongsi cerita serta pengalaman masing-masing.
Segala cerita petanque didalam blog ini tidak mempunyai unsur-unsur fitnah serta bahan hasutan yang boleh membawa kepada sebarang tindakan undang-undang .
Sebarang cerita yang terkandung didalamnya adalah cerita benar dan sekiranya terdapat sebarang persamaan dalam bukti bergambar maka anggaplah ianya kebetulan sahaja dan tidak digalakkan untuk dijadikan sebarang bahan bukti bagi apa-apa juga tujuan.
Semoga dengan adanya blog ini dapat lah kita merapatkan hubungan siratulrahim dikalangan kita semua sambil mendapat ramai kawan dari seluruh pelusuk negara demi memajukan sukan petanque yang semakin diminati ramai ini.
akhir kata majulah sukan petanque untuk keceriaan anda..
"Makan Petanque,minum petanque,tidur petanque,bangun petanque"
amin...
lidah pengarang