Ahad, 18 Oktober 2009

MARUDI OPEN PETANQUE

Kami dalam usaha untuk mengadakan pertandingan petanque open di Pekan Marudi. Kami memerlukan sokongan untuk merialisasikan usaha ini untuk memajukan sukan petanque di kawasan ini serta tarikan pelanjongan di pekan Marudi.

Marudi lebih dikenali sebagai penganjur Baram Regata Pesta lumba perahu panjang berkayuh dan bot laju sejak dizaman sebelum merdeka lagi. 3 cara pengangkutan untuk sampai ke Pekan Marudi iaitu jalan udara menggunakan kapalterbang, jalan sungai menggunakan bot Express dan jalan darat. Tempat penginapan terdiri dari hotel-hotel dan Inn-Inn terdapat di Pekan Marudi dengan harga yang berpatutan.

Tanpa sokongan dari pemain-pemain sukan petanque usaha mengadakan pertandingan petanque di Pekan Marudi tidak dapat diusahakan. Kami berharap dengan sokongan kuat dari kawan-kawan, usaha membawa pertandingan sukan petanque di Pekan Marudi dapat diadakan dimasa terdekat ini.

Salam Mesra,
Syohm,

Ahad, 24 Mei 2009

PESTA MIRI TRIPLE PETANQUE 2009

Pertandingan Pesta Miri Triple Petanque 2009 telah dianjurkan di padang petanque SMK Dato Permaisuri pada 01-03 Mei yang lalu. Pertandingan ini atas kerjasama Protem Persatuan Petanque Bahagian Miri dengan MSNS bahagian Miri, RT Desa Pujut & Koperasi SMK Dato Permaisui. Tahniah kepada pemenang-pemenang. Keputusan pertandingan Pesta Miri Triple Petanque 2009 adalah:



Pengerusi Protem Persatuan Petanque Bahagian Miri, Syed Omar mengucapkan kata-kata aluan.



Timbalan Datuk Bandar, Mohd Chee b Kadir telah berucap & menanguh pertandingan.



Tempat Kelapan ialah MLNG-A, Bintulu.

Tempat Ketujuh ialah Poyot Son, Bintulu.


Tempat Keenam ialah PDRM-2, KL


Tempat Kelima ialah SKO-6, Petronas Carigali Sarawak Operation.


Tempat keempat ialah MLNG-E, Bintulu.


Tempat ketiga ialah SKO-7, Petronas Carigali Sarawak Operation


Naib Johan ialah Gerenek 'THA', Sibu.


JOHAN telah dimenangi oleh SMK Santubong, Kuching.
Prepared by,
Syohm.

Jumaat, 8 Mei 2009

Petronas Intranet bulletin

PETRONAS grabs 3rd place in Pertandingan Pesta Miri Triple Petanque 2009


In conjunction with May Fest 2009, Protem Persatuan Petanque Bahagian Miri, Sarawak in collaboration with Majlis Sukan Negeri Sarawak (Miri Branch), Rukun Tetangga Desa Pujut and Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri organised the Pertandingan Pesta Miri Triple Petanque 2009. The tournament; which was held at Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri, Piasau, Miri; saw a total of 64 teams participating from all over Sarawak, Sabah, Kuala Lumpur and Brunei Darussalam.

The first prize went to the unbeatable Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong, Kuching while the second place clinched by team Gerenek from Sibu. At the third and fifth places are SKO 7 and SKO 6 respectively, both from PCSB Sarawak Operations (PCSB SKO) while MLNG E secured the fourth place. The prizes were presented by Timbalan Datuk Bandar Miri, En. Mohd Chee Kadir.




Contributed by
SKO PCSB


Posted on 7 May 2009

Isnin, 13 April 2009

SHELL BCOT KKB TEAM EVENT NEW CHAMPION...














Tahun ini merupakan tahun yg bertuah untuk saya dan Aziz kerana untuk kali kedua kami menjadi juara. Kali ini kami berjaya merebut gelaran JUARA untuk pertandingan "KKB Team Event" di Bintulu pada 11 dan 12 April 2009.

Dengan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Zainuddin Alek yg mengoffer saya untuk bermain dalam teamnya (SHELL-BCOT) selepas 2 dari team mate saya bermain untuk mewakili PCSB-SKO, terima kasih juga kerana mengsponsor baju dan yuran penyertaan, diharap kita boleh bergandingan lagi di masa akan datang.

Tidak lupa juga kepada Pak Din yg selama ini menjadi guru dan penasihat yg baik, you are the best.Walaupun Pak Din tidak dapat melihat kami sehingga ke peringkat final kerana terpaksa bergegas pulang ke Miri petang itu, tapi, kata2 semangat beliau sudah cukup untuk meyemarakkan semangat kami untuk bermain bersungguh2.Sesungguhnya Kejayaan ini ditujukan kepada beliau.

Tidak lupa juga kepada rakan2 lain yg menjadi tulang belakang seperti Kenny, Syohm dan Fairol yg sanggup menunggu sehingga final walaupun hari hujan, Effendy, rakan petong dari Millenium, Tetty and the Gang (Hornbill Sibu), Shah and the gang (Gerenek @ Relic From Sibu), ABF player, MLNG player, KKB comittee, PEPSAR terutama Hj Man presiden PEPSAR, PCSB SKO players, Maryam PCSB convenor kerana tlh memberi peluang kepada kami berdua untuk bermain dlm team SKO sebelum ini serta rakan2 pemetong yg menjadi penyokong sehingga ke final.

Jumaat, 10 April 2009

MOTOLUB CHAMPION








Pada 28 dan 29 mac 2009. Saya dan rakan rakan petanque dari MOTOLUB (Bintulu dan Miri),
telah memenangi Petronas Carigali Miri Games 2009.

Enchang Motolub Enchang....

Kami menang besar walaupun kalah di awal permainan kerana strategi pertama kurang berkesan, tetapi kami bangkit dari game yg kedua dan seterusnya menjuarai pertandingan,,,.

Terima Kasih kepada Pak Din yg telah memberi tunjuk ajar yg baik dan berguna kepada kami selama ini, tanpa Pak Din kami mungkin tidak seperti sekarang,,,,TERIMA KASIH banyak-banyak. Walaupun pada mulanya hati saya dan Aziz ingin benar untuk menyertai Team Event yg berlangsung di Sibu yg berlangsung pada hari yg sama, tetapi kami batalkan jua kerana kami ingin membalas jasa Pak Din yg selama ini membimbing kami dan seterusnaya membawa kami lebih jauh dlm sukan petanque..

Minggu ini hari yg cukup baik untuk kami..., mendengar berita rakan2 dari btu yg lain menjuarai Team Event di Sibu menyemarakkan lagi semangat kami untu berjuang di Miri..
Syabas Buat Francis dan pasukannya, you are the best....hehehehheeee..

Ahad, 29 Mac 2009

PERTANDINGAN PESTA MIRI TRIPLE PETANQUE 2009

Kepada semua peminat-peminat petanque seluruh Sarawak, Sabah, Semenanjung, Brunei Darus Salam & Singapore, anda semua dijemput secara rasmi menyertai pertandingan ini. Sila nyatakan penyertaan tuan-tuan kepada:
(a) Syed Omar > 019-8141968
(b) Adam Malik > 016-8503372
(c) Abg Mortadza > 013-8495475

Hantar sms kepada nama diatas dgn menulis nama pasukan serta nama pemain. Hanya 64 pasukan yang mendaftar dengan menghantar borang rasmi & membayar yuran penyertaan RM 90.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Puluh Sahaja) yang pertama dan mendapat pengesahan sahaja akan diterima menyertai kejohanan ini.

TEMPAT: Gelanggang Petanque SMK Dato Permaisuri, Piasau, Miri, Sarawak.

TARIKH:
(i) 29 April 2009(Rabu) -> Tarikh tutup sebelum jam 4.0 pm.

(ii) 01 Mei 2009 (Jumaat)
-> 09.00am > taklimat pengurus & cabutan undi.
-> 03.00pm > pertandingan dijalankan.

(iii) 02 Mei 2009 (Sabtu)
-> 08.00am - 06.30pm > pertandingan dijalankan.

(iV) 03 Mei 2009 (Ahad)
-> 09.00am > Perlawanan tempat ke-3 & ke-4
-> 10.30am > Perlawanan akhir
> Majlis penutupan & Penyanpaian hadiah kejohanan.

Jumaat, 20 Mac 2009

Jawatankuasa Protem Persatuan Petanque Bahagian Miri (PPBM)



Mesyuarat jawatankuasa Protem Persatuan Petanque Bahagian Miri (PPBM) telah diadakan pada 14/03/2009 di Bilik Mesyuarat MSNS, Stadium Miri.

Ahli-ahli yang telah dipilih melalui undian yang dijalankan adalah seperti berikut:

Pengerusi: Syed Omar Wan Hamid

Timbalan Pengerusi: Adam Malik Haji Han

Setiausaha: Abg Mortadza Abg Fauzan

Penolong Setiausaha: Saniah @Liala bt Mohammad Mahmud

Bendahari: Mohamad Qushairi Teh

Penolong Bendahari: Mohamad b Belal

Ahli Jawatankuasa Biasa:
Richard Laing Lajim Wan
Sarbini b Jagong
Nordin b Bakeri
Sulaiman b Abd Wahid
Ishak b Abd Rahman
Anip Nen
Jafar b Yusuf

Ahad, 8 Mac 2009

Mesyuarat Persatuan MYY Petanque

Tarikh: 14 March 2009.
Masa: 2.00 petang.
Tempat: Bilik mesyuarat Stadium Miri.
Semua peminat petanque warga Miri dijemput datang.

Sabtu, 31 Januari 2009

Perlawanan Persahabatan

Keluaran 26 Jan.2009 dalam surat khabar Borneo Bulletin membuat liputan perlawanan antara pasukan Brunei Darus Salam vs pasukan Mellinium Bintulu.

Khamis, 29 Januari 2009

perlawanan persahabatan dgn Brunei























Pada 25hb januari 2009 yg lalu, kami mengikuti rombongan "millenium petanque team" yg diketuai oleh saudara Omar(millenium petanque) dan Syed Omar(myy petanque) ke Brunei untuk membuat perlawanan persahabatan dengan persatuan petanque dari Brunei Darussalam.


kami berangkat seawal jam 8.00 pagi dari bintulu dan tiba di miri jam 11.00 pagi. Kami berkumpul dengan rombongan dari miri dan makan tgh hari di miri.Kami bertolak ke Brunei kira-kira jam 01.00 tgh hari dan sampai di brunei lebih kurang jam 4.oo ptg.


Setibanya di Brunei kami terus ke perkampungan sukan di Brunei di mana tempat sukan sea diadakan dahulu. Kedatangan kami disambut dgn begitu baik dan mesra sekali. Kami sungguh terharu dengan layanan mereka, kami tidak menyangka kedatangan kami begitu dialu-alukan di Brunei. Kepada pihak Persatuan Petanque Brunei yg membaca Blog ini, Kami dari myypetanque mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga pertemuan ini akn menjadi titik permulaan keakraban diantara pasukan petanque Brunei dan Sarawak.


Kami bermain pada pukul 4;30 ptg hingga jam 9;00 mlm, walaupun keletihan seharian memandu, itu tidak manjadi penghalang kepada kami untuk bermain dengan sepuas-puasnya.

walaupun kami menang dengan jumlah mata 10:9, kami tetap diberi saingan yg hebat dari pihak Brunei. Mereka mempunyai ramai pemain yg berbakat dan mampu pegi jauh. Dengan kehadiran coach dari Thailand, Mr. Somsak, Saya rasa prestasi mereka akan meningkat dengan pantas..


Sekian sahaja ulasan dari saya untuk kali ini, Salam petong untuk semua,,

regards...,