Pada 25hb januari 2009 yg lalu, kami mengikuti rombongan "millenium petanque team" yg diketuai oleh saudara Omar(millenium petanque) dan Syed Omar(myy petanque) ke Brunei untuk membuat perlawanan persahabatan dengan persatuan petanque dari Brunei Darussalam.
kami berangkat seawal jam 8.00 pagi dari bintulu dan tiba di miri jam 11.00 pagi. Kami berkumpul dengan rombongan dari miri dan makan tgh hari di miri.Kami bertolak ke Brunei kira-kira jam 01.00 tgh hari dan sampai di brunei lebih kurang jam 4.oo ptg.
Setibanya di Brunei kami terus ke perkampungan sukan di Brunei di mana tempat sukan sea diadakan dahulu. Kedatangan kami disambut dgn begitu baik dan mesra sekali. Kami sungguh terharu dengan layanan mereka, kami tidak menyangka kedatangan kami begitu dialu-alukan di Brunei. Kepada pihak Persatuan Petanque Brunei yg membaca Blog ini, Kami dari myypetanque mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga pertemuan ini akn menjadi titik permulaan keakraban diantara pasukan petanque Brunei dan Sarawak.
Kami bermain pada pukul 4;30 ptg hingga jam 9;00 mlm, walaupun keletihan seharian memandu, itu tidak manjadi penghalang kepada kami untuk bermain dengan sepuas-puasnya.
walaupun kami menang dengan jumlah mata 10:9, kami tetap diberi saingan yg hebat dari pihak Brunei. Mereka mempunyai ramai pemain yg berbakat dan mampu pegi jauh. Dengan kehadiran coach dari Thailand, Mr. Somsak, Saya rasa prestasi mereka akan meningkat dengan pantas..
Sekian sahaja ulasan dari saya untuk kali ini, Salam petong untuk semua,,
regards...,
1 ulasan:
Suave la rezeña, de guzman a los chinos está sin problema, camino muy plano, ya lo tengo explorado, en esa parte nos pudieramos quedar a descansar,Accounting logo design
Catat Ulasan