Selasa, 2 Disember 2008

Padang Latihan Kejohanan Sarawak Open


Pada hari ini saya telah pergi ke padang kejohanan Sarawak Open dimana permukaan padang tersebut sungguh menggerunkan setiap pemain petong (saya kira walau Foyot sekalipun akan rasa gerun) Batu yang besar dan permukaan padang yang sungguh keras dan sangat tidak rata.Tapi sayang saya tidak ada membawa kemera untuk merakamkan keadaan padang tersebut...

biarlah anda sendiri yang lihat bagaimana kita punya boules seolah-olah tidak berharga lansung...

Kami sempat mengadakan perlawanan persahabatan di mana Saya,Fairol dan cikgu Ishah dapat mengalahkan regu Kenny ,Priest dan kawan dari Mlng dengan kemenangan bergaya dimana saya telah menjadi bomber yang meletup!

Pointer kami cikgu ishah pulah sangat menjadi manakala Fairol pulak back-up yang baik samada pointing mahupun bombing........

Oleh kerana masa begitu cemburu,kami balik pada jam 6.15 petang setelah game kedua tamat dimana saya tidak perlu melontarkan boules saya kerana kami sudah menang bergaya....

Kami akan sambung kembali latihan pada esok hari...

kasihan pula bila melihat Kisz tidak dapat bermain kerana kecederaan kaki.....hm......terseliuh kut....
foto di atas adalah padang petanque di Briget Tenggah Kuala Lumpur....pada tahun Lepas...sedikit sebanyak gambaran sebenar keadaan padang petanque di Waterfront yang akan menjadi gelanggang Sarawak Open nanti...

Tata..titi..tutu...

nord....