Kami dalam usaha untuk mengadakan pertandingan petanque open di Pekan Marudi. Kami memerlukan sokongan untuk merialisasikan usaha ini untuk memajukan sukan petanque di kawasan ini serta tarikan pelanjongan di pekan Marudi.
Marudi lebih dikenali sebagai penganjur Baram Regata Pesta lumba perahu panjang berkayuh dan bot laju sejak dizaman sebelum merdeka lagi. 3 cara pengangkutan untuk sampai ke Pekan Marudi iaitu jalan udara menggunakan kapalterbang, jalan sungai menggunakan bot Express dan jalan darat. Tempat penginapan terdiri dari hotel-hotel dan Inn-Inn terdapat di Pekan Marudi dengan harga yang berpatutan.
Tanpa sokongan dari pemain-pemain sukan petanque usaha mengadakan pertandingan petanque di Pekan Marudi tidak dapat diusahakan. Kami berharap dengan sokongan kuat dari kawan-kawan, usaha membawa pertandingan sukan petanque di Pekan Marudi dapat diadakan dimasa terdekat ini.
Salam Mesra,
Syohm,
Ahad, 18 Oktober 2009
Langgan:
Catatan (Atom)